21 Feb 2013

@ Apa Beza antara Khimar dan juga Burqa? @

Assalammualaikum....

kami terpanggil untuk membuat penerangan secara ringkas mengenai perbezaan Khimar dan juga Burqa....

secara luarannya khimar dan juga burqa nie tiada banyak perbezaan...ini kerana kedua-duanya mempunyai prisip pemakaian yang sama...iaitu menutup aurat mengikut syariat...


okay nie adalah contoh untuk khimar...khimar yang digunakan bersama niqab...ini kerana ade sesetengah org  pakai khimar tanpa niqab...khimar tidak menutup keseluruhan muka..oleh sebab itu kebanyakkan wanita menggunakan niqab sebagai salah satu cara menutup bahagian muka mereka...

khimar tanpa niqab boleh dijadikan burqa...tetapi tidak bagi burqa....jika kain yang telah dijahit khas dalam untuk dijadikan burqa ianya tidak boleh dijadikan khimar....


ini adalah contoh terbaik design burqa sebenar....dihadapan burqa diletakkan kain nipis khas untuk memudahkan pengliharan si pemakai....burqa menutup keseluruhan muka termasuk mata...

dan kenapa dikatakan khimar boleh dijadikan burqa...ini kerana khimar mempunyai 4 helai lapisan dibahagian belakang ataupun 2 helai lapisan yang direka khas jika si pemakai ingin menjadikan khimar seperti burqa...


merujuk kepada gambar di atas..terdapat dua lapisan di bahagian belakang...lapisan di bahagian atas adalah lapisan yang selalunya di turunkan ke bahagian hadapan untuk menutup keseluruhan bahagian muka..

itu la serba sedikit penerangan secara ringkas insyaALLAH kami harap anda semua faham..



-sekian-




No comments:

Post a Comment